Tepat jam 4.30 petang kami memulakan cabaran kami untuk mendapatkan haruan di kawasan pertama kami. Mencuba beberapa kali kami agak hampa. Kawasan yang mulanya menjadi igauan ngeri untuk haruan menjadi sebaliknya. Kami kecewa kerana tiada rentapan atau regutan ganas dari spesis 'snake head' tersebut. Kami yang diwakili oleh Rais, A'an, Rizal dan saya sendiri, mengambil keputusan untuk menjelajah jauh lagi.

Hampa, umpan sekadar dipandang tanpa disentuh oleh penghuni parit.
Tak berkesan, pelbagai teknik tarikan dilakukan, masih belum berupaya memikat hati penunggu dasar.
Bab 2: Jalan Tanah Merah Sasaran Yang Tak Diduga
Selepas lebih kurang satu jam setengah kami memulakan ekspedisi kami ke lubuk baru. Cadangan Rais diterima semua. Menuju ke Jalan Kebun Baru ketika matahari mulai condong. Tiba di satu simpang, Rais memberitahu kami akan melalui jalan tanah merah sebelum sampai ke 'port' haruan tersebut. Di dalam hati tidak mempedulikan itu semua. Janji dapat menarik kekili yang dimakan oleh haruan, itulah pengubat hati kami ketika itu.
Perjalanan tidaklah sesukar yang dibayangkan. Sesampai sahaja di kawasan tersebut, terlihat sepasang suami isteri sedang memancing. Tanpa menunggu arahan dari sesiapa, umpan dicampakkan sambil ditarik perlahan.
Kawasan atau 'port' yang berjaya kami jelajah
Rais tetap bangga walaupun saiz spesis yang ditangkap tidak seperti yang diharapkan.
Haruan bersaiz juvenil.
Rizal mencuba di kawasan yang agak berpaya.
Abg Yusri berjaya menaikkan lebih kurang 5 ekor haruan petang itu.
Memancing di kawasan rabung kayu mati, memerlukan kemahiran yang tinggi.
Cara membuka umpan tanpa mencederakan mangsa.
Senja mula melabuhkan tirainya. Perut mula berkeroncong dan terbayang hidangan juadah berbuka puasa. Alahai...
Rezeki terakhir sebelum pulang pada petang itu.
Kelihatan mangsa mula timbul di permukaan air.
Catch & Released amalan yang sangat kami suka.
Lebih kurang pukul 6.30 petang kami meninggalkan lubuk tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing. Dan kami akan mencuba untuk mencari lebih banyak lagi lubuk-lubuk yang lebih hebat, dan mempunyai saiz spesis ikan yang agak besar. Assalamualaikum.
Lebih kurang pukul 6.30 petang kami meninggalkan lubuk tersebut untuk pulang ke rumah masing-masing. Dan kami akan mencuba untuk mencari lebih banyak lagi lubuk-lubuk yang lebih hebat, dan mempunyai saiz spesis ikan yang agak besar. Assalamualaikum.
Top Casino Site in Ireland ᐈ 250+ slots to play in - LuckyClub
ReplyDeleteFind out the latest casino site reviews ✓ 250+ slots luckyclub.live from the best providers in the industry ✓ All of the top casino sites in Ireland.